Sunday, 17 February 2013

HUKUM MENYAMBUT HARI KEKASIH ATAU VALENTINE DAY

Ramai di kalangan umat Islam terutama golongan remaja lebih teruja untuk menyambut Hari Kekasih berbanding mencontohi nabi Muhammad S.A.W manusia Agong yang begitu kasih pada umatnya. Ingatlah bahawa kasih sayang wajib ada sepanjang masa bukan pada hari tertentu sahaja serta saluran untuk menyatakan kasih sayang mestilah bertepatan dengan syarak bukannya mengikut hawa nafsu apatah lagi meniru budaya agama lain. Manusia yang paling wajib kita kasih ialah junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. 

 Sehubungan dengan ini kita menyeru agar umat Islam supaya mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang memutuskan:"Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam".Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri yang bermaksud:

"Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya:"Ya Rasulullah! Adakah Yahudi atau Nasrani? Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka"

Sambutan hari Valentine Day ialah kesinambungan dari acara memuja Paderi Valentino yang berjaya menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Ada beberapa versi tentang asal usul Valentine Day, semuanya adalah sumber Kristian bukan dari Islam.

Amalan merayakan Hari  Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang jatuh setiap 14 Februari tidak pernah ada dalam ajaran Islam. Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam."inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, berkaitan Valentine Day. 

Tidak ada sebab mengapa kita perlu menyambut perayaan yang diasaskan oleh agama lain dan budaya lain yang nyata bercanggah dengan pegangan akidah Islam yang murni. Apa lagi kalau ianya berkaitan dengan penghinaan tersembunyi terhadap umat Islam khususnya kejayaan mereka tentera Kristian meraikan kemenangan dengan kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol.

Edisi RabiulAkhir dari warga sk bandar.

  

No comments:

Post a Comment