Tuesday, 13 December 2011

LANGKAH BIJAK KE ARAH KECEMERLANGAN HIDUP

  • Bersyukur apabila dikurniakan nikmat. Ucaplah Alhamdulillah.
  • Bersabar menempuh dugaan dan kesulitan hidup. Ucaplah Inalillahiwainaillirojiun
  • Amalkan sikap jujur dalam setiap perbuatan dan percakapan. Jangan berdusta kerana Allah S.W.T tahu perkara yang terang dan tersembunyi.
  • Luahkan kesedihan hati kepada orang yang dipercayai dan memohon ketenangan daripada Allah S.W.T sewaktu dalam solat. Jangan pendam kesedihan dalam hati kerana boleh membawa penyakit.
  • Didik diri bersikap redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Elakkan perbuatan menyesal terhadap kegagalan yang dialami.
  • Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jangan rasa tergugat dengan kejayaan dan kemewahan orang lain. Kita akan memperolehnya juga jika terus berusaha dan yakin.
  • Usaha yang diiringi dengan tawakal dan doa pasti membuahkan kejayaan dan jangan sesekali iri hati dengan kejayaan orang lain. Berdoalah moga Allah S.W.T permudahkan urusan kita.
  • Bersyukur apabila Allah S.W.T mengurniakan kejayaan dan kesenangan dan kongsilah dengan orang lain. Jangan mudah lupa diri dan berbangga dengan kejayaan tersebut kerana bimbang nikmat tersebut akan ditarik balik.