Thursday, 16 February 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433 H/2012


Sabtu -  11 Feb Sambutan majlis ini diadakan berbeza sedikit berbanding tahun sebelum. Kali ini majlis perarakan bermula di sekolah berarak sambil berselawat menuju ke Masjid Kerawang dengan jarak lebih kurang 1.5 km.
        Di Masjid Kerawang, ceramah kebesaran Nabi Muhamad disampaikan oleh Ustaz Zainuddin Ab Ghani. Beliau adalah bekas imam Masjid Biah batu 8. Sekarang beliau bekerja di KIAS serta mengikuti pengajian di peringkat Diploma Al-Quran.