Sunday, 17 February 2013

HUKUM MENYAMBUT HARI KEKASIH ATAU VALENTINE DAY

Ramai di kalangan umat Islam terutama golongan remaja lebih teruja untuk menyambut Hari Kekasih berbanding mencontohi nabi Muhammad S.A.W manusia Agong yang begitu kasih pada umatnya. Ingatlah bahawa kasih sayang wajib ada sepanjang masa bukan pada hari tertentu sahaja serta saluran untuk menyatakan kasih sayang mestilah bertepatan dengan syarak bukannya mengikut hawa nafsu apatah lagi meniru budaya agama lain. Manusia yang paling wajib kita kasih ialah junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. 

 Sehubungan dengan ini kita menyeru agar umat Islam supaya mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang memutuskan:"Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam".Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri yang bermaksud:

"Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya:"Ya Rasulullah! Adakah Yahudi atau Nasrani? Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka"

Sambutan hari Valentine Day ialah kesinambungan dari acara memuja Paderi Valentino yang berjaya menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Ada beberapa versi tentang asal usul Valentine Day, semuanya adalah sumber Kristian bukan dari Islam.

Amalan merayakan Hari  Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang jatuh setiap 14 Februari tidak pernah ada dalam ajaran Islam. Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam."inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, berkaitan Valentine Day. 

Tidak ada sebab mengapa kita perlu menyambut perayaan yang diasaskan oleh agama lain dan budaya lain yang nyata bercanggah dengan pegangan akidah Islam yang murni. Apa lagi kalau ianya berkaitan dengan penghinaan tersembunyi terhadap umat Islam khususnya kejayaan mereka tentera Kristian meraikan kemenangan dengan kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol.

Edisi RabiulAkhir dari warga sk bandar.

  

Saturday, 1 September 2012

Kami warga SK Bandar mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan kali 55.
Semoga negara kita aman sejahtera untuk selama-lamanya.


Wednesday, 22 August 2012

Selamat Hari Raya Aidul Fitri

Kami warga SK Bandar mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri, segala silap dan salah mohon kemaafan, berhati-hati semasa memandu, makan tu beringat-ingatlah sikit jangan terlalu over pula.



Wednesday, 25 April 2012

SK Bandar mendapat khidmat PK KO baru

22 April -  Pertukaran pentadbiran sekali lagi berlaku di SK Bandar. PK KO yang baru iaitu
Ustaz Baharuddin B Hamid dari  SK Kerilla mula berkhidmat di sini menggantikan
En. Adnan B Mamat yang dinaikkan pangkat sebagai PK HEM manakala
Tn Hj Hassan B Mat Noor pula sebagai PK Pentadbiran di sekolah ini

Thursday, 5 April 2012

Mesyuarat PIBG kali-34 dan Penyampaian Bantuan Persekolahan 2012

Khamis- 29 Mac SK Bandar telah mengadakan mesyuarat PIBG kali ke-34 yang telah dirasmikan oleh Dato' Jazlan, Penyelaras Parlimen Machang. Pada majlis ini juga penyampaian bantuan persekolahan juga diadakan. Majlis ini mendapat sambutan yang baik dari ibu bapa.

Pertandingan Mewarna Pendidikan Khas Peringkat PPD Machang 2012

Rabu- 4 April, satu pertandingan mewarna bagi murid-murid pendidikan khas telah diadakan di SK Bandar. Pertandingan melibat 8 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah di Machang. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Machang

Minggu Anti Dadah 2012

Ahad - 1 April, Perasmian Minggu Anti Dadah peringkat sekolah telah disempurnakan oleh En. Zahari Mohamad Guru  Besar SK Bandar. Minggu anti dadah diselitkan dengan sesi luahan hati bekas penagih dari PUSPEN Bachok. Ceramah ini di sampaikan oleh Siti Hawa Jamil dari Sarawak. Beliau sekarang bertindak sebagai PRS di PUSPEN Bachok. Beliau terlibat dengan dadah sejak umur 19 tahun. Sekarang berumur 25 tahun dengan seorang cahaya mata.