- Bersyukur apabila dikurniakan nikmat. Ucaplah Alhamdulillah.
- Bersabar menempuh dugaan dan kesulitan hidup. Ucaplah Inalillahiwainaillirojiun
- Amalkan sikap jujur dalam setiap perbuatan dan percakapan. Jangan berdusta kerana Allah S.W.T tahu perkara yang terang dan tersembunyi.
- Luahkan kesedihan hati kepada orang yang dipercayai dan memohon ketenangan daripada Allah S.W.T sewaktu dalam solat. Jangan pendam kesedihan dalam hati kerana boleh membawa penyakit.
- Didik diri bersikap redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Elakkan perbuatan menyesal terhadap kegagalan yang dialami.
- Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jangan rasa tergugat dengan kejayaan dan kemewahan orang lain. Kita akan memperolehnya juga jika terus berusaha dan yakin.
- Usaha yang diiringi dengan tawakal dan doa pasti membuahkan kejayaan dan jangan sesekali iri hati dengan kejayaan orang lain. Berdoalah moga Allah S.W.T permudahkan urusan kita.
- Bersyukur apabila Allah S.W.T mengurniakan kejayaan dan kesenangan dan kongsilah dengan orang lain. Jangan mudah lupa diri dan berbangga dengan kejayaan tersebut kerana bimbang nikmat tersebut akan ditarik balik.
Tuesday, 13 December 2011
LANGKAH BIJAK KE ARAH KECEMERLANGAN HIDUP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment