- Bersyukur apabila dikurniakan nikmat. Ucaplah Alhamdulillah.
- Bersabar menempuh dugaan dan kesulitan hidup. Ucaplah Inalillahiwainaillirojiun
- Amalkan sikap jujur dalam setiap perbuatan dan percakapan. Jangan berdusta kerana Allah S.W.T tahu perkara yang terang dan tersembunyi.
- Luahkan kesedihan hati kepada orang yang dipercayai dan memohon ketenangan daripada Allah S.W.T sewaktu dalam solat. Jangan pendam kesedihan dalam hati kerana boleh membawa penyakit.
- Didik diri bersikap redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Elakkan perbuatan menyesal terhadap kegagalan yang dialami.
- Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jangan rasa tergugat dengan kejayaan dan kemewahan orang lain. Kita akan memperolehnya juga jika terus berusaha dan yakin.
- Usaha yang diiringi dengan tawakal dan doa pasti membuahkan kejayaan dan jangan sesekali iri hati dengan kejayaan orang lain. Berdoalah moga Allah S.W.T permudahkan urusan kita.
- Bersyukur apabila Allah S.W.T mengurniakan kejayaan dan kesenangan dan kongsilah dengan orang lain. Jangan mudah lupa diri dan berbangga dengan kejayaan tersebut kerana bimbang nikmat tersebut akan ditarik balik.
Tuesday, 13 December 2011
LANGKAH BIJAK KE ARAH KECEMERLANGAN HIDUP
Sunday, 20 November 2011
Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan
Ahad - 20 November bertempat di Dewan Ibnu Sina,
SK Bandar telah menyempurnakan penyampaian bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap murid di sekolah ini. Bantuan ini melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 4.
Bagi murid tahun 5 dan 6 pula, mereka akan menerimanya pada 23 November nanti yang akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di SK Machang.
Harapan daripada guru besar agar ibubapa menggunakan bantuan yang diberi kerajaan untuk keperluan anak-anak bagi sesi persekolahan tahun depan.

Thursday, 17 November 2011
Keputusan UPSR 2011
Pengumuman rasmi keputusan UPSR 2011 telah diumumkan. Murid-murid boleh mendapat keputusan di sekolah masing-masing jam 10 pagi.
Bagi SK Bandar, keputusan adalah tidak banyak berbeza seperti tahun lepas. Bilangan yang mendapat 5A seramai 5 orang, 4A - 9 orang, 3A - 5 orang, 2A - 6 orang dan 1A - 8 orang.
Peratus lulus semua mata pelajaran adalah 84.8% iaitu peningkatan sebanyak 1% berbanding tahun lepas. GPS pula 1.95, manakala tahun lepas GPS nya adalah 1.8
Sekalung tahniah bagi murid-murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Wednesday, 16 November 2011
Karnival Ko Akademik PPD Machang 2011
Pada 9 November 2011 SK Bandar telah di pilih sebagai tuan rumah Karnival Ko Akademik peringkat PPD Machang. Majlis ini dianjur oleh Unit KoKurikulum PPD Machang.
Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah;
Bercerita Bahasa Melayu tahap 1
Bercerita Bahasa Melayu tahap 2
Bercerita Bahasa Inggeris tahap 1
Bercerita Bahasa Inggeris tahap 2
Bercerita Sains Bahasa Inggeris terbuka
Pidato Diraja tahap 2
Public Speaking tahap 2
Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh En. Abd Wahab B Muhammad, Pen. Pegawai Daerah Machang Unit Kokurikulum.
Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi bagi mereka yang kurang bernasib baik.

Friday, 4 November 2011
Jamuan Akhir Tahun
Jamuan akhir sudah menjadi kemestian bagi sekolah ini. Majlis ini diadakan di Kahfi Tomyam Seafood Wakaf Bharu. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahiim antara guru-guru dengan kakitangan bukan guru, disamping untuk meraikan guru-guru yang telah bertukar. Antara guru yang bertukar ialah Tn Hj Abd Rahman Hussin (GB) ke SK Pulai Chondong,Tn Hj Sayed Hassan (PKKO), En Khalil Ibrahim - ke SK Tok Bok, Pn Melati ke SK Mata Ayer, Pn Azimah ke SK Pangkal Nering dan Pn Zamilah ke SK Beris Lalang.
Semoga ceria, seronok di sekolah baru dan akan berjumpa di lain masa.
Semoga ceria, seronok di sekolah baru dan akan berjumpa di lain masa.
Monday, 31 October 2011
Lawatan Sambil Belajar Kuala Lumpur Melaka
Murid-murid SK Bandar yang terdiri dari tahun 4 hingga 6 akan melakukan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur - Melaka. Mereka akan bertolak pada 10 November dengan menggunakan pakej KTMB. Mereka akan menaiki keretapi di stesen keretapi Pasir Mas. Murid-murid ini akan diiringi oleh beberapa orang guru.
Semoga mereka dapat menikmati pakej percutian yang disediakan dengan suatu pengalaman yang amat berguna.
Semoga mereka dapat menikmati pakej percutian yang disediakan dengan suatu pengalaman yang amat berguna.
Wednesday, 26 October 2011
Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Peperiksaan tersebut akan diadakan pada 30 Oktober hingga 1 November 2011.
Subscribe to:
Comments (Atom)