Sunday, 20 November 2011

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan

    Ahad - 20 November bertempat di Dewan Ibnu Sina,
SK Bandar telah menyempurnakan penyampaian bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap murid di sekolah ini. Bantuan ini melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 4.

   Bagi murid tahun 5 dan 6 pula, mereka akan menerimanya pada 23 November nanti yang akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di SK Machang.

Harapan daripada guru besar agar ibubapa menggunakan bantuan yang diberi kerajaan untuk keperluan anak-anak bagi sesi persekolahan tahun depan.

Thursday, 17 November 2011

Keputusan UPSR 2011


 Pengumuman rasmi keputusan UPSR 2011 telah diumumkan. Murid-murid boleh mendapat keputusan di sekolah masing-masing jam 10 pagi.

  Bagi SK Bandar, keputusan adalah tidak banyak berbeza seperti tahun lepas. Bilangan yang mendapat 5A seramai 5 orang, 4A - 9 orang, 3A - 5 orang, 2A - 6 orang dan 1A - 8 orang.
Peratus lulus semua mata pelajaran adalah 84.8% iaitu peningkatan sebanyak 1% berbanding tahun lepas. GPS pula 1.95, manakala tahun lepas GPS nya adalah 1.8

  Sekalung tahniah bagi murid-murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Wednesday, 16 November 2011

Karnival Ko Akademik PPD Machang 2011

Pada 9 November 2011 SK Bandar telah di pilih sebagai tuan rumah Karnival Ko Akademik peringkat PPD Machang. Majlis ini dianjur oleh Unit KoKurikulum PPD Machang.

   Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah;
Bercerita Bahasa Melayu tahap 1
Bercerita Bahasa Melayu tahap 2
Bercerita Bahasa Inggeris tahap 1
Bercerita Bahasa Inggeris tahap 2
Bercerita Sains Bahasa Inggeris terbuka
Pidato Diraja tahap 2
Public Speaking tahap 2

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh En. Abd Wahab B Muhammad, Pen. Pegawai Daerah Machang Unit Kokurikulum.

   Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi bagi mereka yang kurang bernasib baik.

Friday, 4 November 2011

Jamuan Akhir Tahun

Jamuan akhir sudah menjadi kemestian bagi sekolah ini. Majlis ini diadakan di Kahfi Tomyam Seafood Wakaf Bharu. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahiim antara guru-guru dengan kakitangan bukan guru, disamping untuk meraikan guru-guru yang telah bertukar. Antara guru yang bertukar ialah  Tn Hj Abd Rahman Hussin (GB) ke SK Pulai Chondong,Tn Hj Sayed Hassan (PKKO), En Khalil Ibrahim - ke SK Tok Bok, Pn Melati ke SK Mata Ayer, Pn Azimah ke SK Pangkal Nering dan Pn Zamilah ke SK Beris Lalang.

Semoga ceria, seronok di sekolah baru dan akan berjumpa di lain masa.